1. NAMA PERTANDINGAN
Pertandingan ini dinamakan ” PERTANDINGAN FUTSAL ANJURAN SIB MELAKA 2009”
2. PENGURUSAN PERTANDINGAN
Keseluruhan kawalan dan pengurusan pertandiangan adalah dibawah kelolaan Jawatankuasa pertandingan iaitu urusetia SIB Melaka.
3. UNDANG-UNDANG
Undang-undang dan peraturan permainan adalah mengikut undang-undang dan peraturan yang dilaksanakan oleh FAM dan FIFA. Sebarang kejadian diluar dugaan yang tidak dinyatakan oleh FAM dan FIFA akan diputuskan oleh urusetia kejohanan dan keputusan adalah muktamad.
4. PENYERTAAN
a. Penyertaan adalah terbuka kepada mereka yang beragama Kristian dan non-Kristian
b. Setiap permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Penyertaan* rasmi yang telah disediakan oleh pihak penganjur dimana semua maklumat dan syarat-syarat sepenuhnya hendaklah dipatuhi.
c. Yuran penyertaan adalah RM200.00 (Lelaki), RM150 (Wanita) untuk setiap pasukan. Bayaran boleh dibuat secara rasmi kepada Ahli Jawatankuasa Penganjur dan resit akan diberi untuk setiap pembayaran
d. Pasukan yang telah mengesahkan penyertaannya dalam kejohanan ini hendaklah mengembalikan Borang Pengesahan berserta dengan nama-nama pemain dan telah disahkan oleh pengurus/ ketua pasukan
e. Tarikh tutup penyertaan adalah 30 April 2009. Borang Penyertaan hendaklah dikembalikan kepada Urusetia Kejohanan sebelum tarikh tutup penyertaan. Sebarang kelewatan pendaftaran sila hubungi Ahli Jawatankuasa.
f. Cabutan undi kedudukan pasukan dalam kumpulan akan pada 01/05/09 dan diharap agar Borang Pendaftaran dapat diserahkan kepada pihak penganjur pada 30/04/09.
g. Pemain tidak dibenarkan bermain dalam keadaan mabuk atau dibawah pengaruh alkohol atau tidak normal.
5. PENDAFTARAN PEMAIN
a. Setiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak melebihi 8 orang pemain (termasuk pemain simpanan di dalam Borang Penyertaan)
b. Pertukaran pendaftaran pemain tidak dibenarkan sama sekali setelah Borang penyertaan dan pendaftaran pemain diserahkan kepada urusetia Kejohanan.
c. Hanya pemain-pemain yang berdaftar dalam pasukan sahaja yang layak mengambil bahagian
d. Seseorang yang digantung permainannya oleh FAM adalah dilarang daripada menyertai kejohanan dalam tempoh penggantungannya.
6. FORMAT PERTANDINGAN
a. Perlawanan akan dijalankan mengikut sistem liga berpasukan
b. Juara dan niab juara akan ke pusingan seterusnya dan akan mengikut sistem kalah mati.
7. MASA PERLAWANAN
a. Masa perlawanan ialah 7 minit setiap separuh masa iaitu menjadikannya 14 minit masa keseluruhan
b. Masa perlawanan peringkat akhir ialah 7 minit setiap separuh masa (14 minit masa keseluruhan dan masa rehat tidak melebihi 3 minit kecuali dengan izin pengadil)
8. WAKTU SESUATU PERLAWANAN
a. Waktu sepak mula bola oleh semua perlawanan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa kejohanan dan akan dimaklumkan seperti jadual yang akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Penganjur
b. Jawatankuasa kejohanan berhak meminda masa sepak mula bagi mana-mana perlawanan dnegan memaklumkan pasukan-pasukan yang terlibat.
c. Setiap pasukan hendaklan berada di padang 5 minit sebelum perlawanan bermula
d. Masa tidak melebihi daripada 5 minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat berada dipadang. Selepas tempoh tersebut pengadil berhak untuk memulakan permainan dan akan memngemukakan laporan kepada jawatankuasa kejohanan untuk membuat keputusan.
9. BILANGAN PEMAIN MINIMA
a. Sebuah pasukan hendaklah menurunkan sekurang-kurangnya 4 pemain yang berdaftar berada di padang apabila pengadil memerintah perlawanan dimulakan. Mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan ini maka kemengan akan diberikan kepada pihak lawan dengan 3 jaringan gol.
b. Sekiranya kedua-dua pasukan gagal menurunkan sekurang-kurangnya 4 pemain di padang selepas 5 minit apabila pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan mengikut masa yang telah ditetapkan maka penganjur mempunyai kuasa untuk membatalkan peyertaan kedua-dua pasukan dan wang pendaftaran TIDAK akan dikembalikan kepada pasukan tersebut.
10. PAKAIAN PEMAIN
a. Kesemua pasukan mestilah berpakaian bola sepak (iaitu ada jersi) yang lengkap
b. Jersi hendaklah disediakan oleh pasukan masing-masing.
11. PEMAIN GANTIAN
Pemain yang diganti boleh bermain kembali dalam satu perlawanan dengan memberi isyarat kepada pengadil.
12. PENGADIL
Pengadil akan disediakan oleh Urusetia kejohanan untuk mengadili setiap perlawanan.
13. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN
a. Sekiranya pengadil atau penyelaras berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan disebabkan oleh keadaan atau berlaku perkara yang di luar jangkaan, perlawanan itu tidak dapat diteruskan, atau sekiranya sesuatu perlawanan diberhentikan disebabkan hal-hal di luar jangkaan kedua-dua pasukan maka jawatankuasa kejohanan akan menentukan bilakah perlawanan yang tertunda atau terhenti itu akan diadakan
b. Sekiranya pengadil memberhentikan sesuatu perlawanan kerana sikap penonton, pegawai atau pemain sesuatu pasukan yang tidak memuaskan yang mendatangkan ancaman maka pengadil perlawanan tersebut hendaklah melaporkan kepada jawatankuasa kejohanan untuk membuat keputusan bahawa sesuatu pasukan itu bersalah ke atas tindakan yang dibuat maka kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan dengan memberikan 3 mata dan 3 jaringan semasa perlawanan diberhentikan jika ianya lebih.
14. TINDAKAN TATATERTIB
Tindakan tatatertib secara automatik akan dilaksanakan keatas pemain-pemain seperti berikut:
a. Seseorang pemain yang telah dikenakan kad kuning sebanyak 2 kali oleh pengadil didalam satu-satunya perlawanan, pemain tersebut akan digantung satu perlawanan.
b. Seseornag pemain yang telah dikenakan kad merah oleh pengadil, pemain tersebut secara automatik akan digantung 2 perlawanan.
c. Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan mana-mana pasukan yang memulakan PERGADUHAN atau mengeluarkan terus kedua-dua pasukan yang terlibat dari menyertai perlawanan seterusnya dalam pertandingan ini dan yuran penyertaan TIDAK akan dikembalikan.
d. Jawatankuasa kejohanan (teknikal) boleh mengambil tindakan yang lebih keras terhadap pemain atau pasukan selain daripada peruntukan yang dinyatakan jika perlu.
e. Keputusan jawatankuasa adalah muktamad dalam membuat keputusan sebarang PERGADUHAN
15. BANTAHAN
a. Semua bantahan dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh pengurus/ketua pasukan berkenaan dan diserahkan kepada pihak jawatankuasa penganjur dalam masa 5-10 minit selepas perlawanan.
b. Sebarang bantahan hendaklah disertakan wang tunai sebanyak RM50 (tidak akan dikembalikan). Keputusan Ahli jawatankuasa penganjur adalah muktamad.
16. FAIR PLAY
Pasukan yang bertanding dikehendaki mengamalkan konsep Fair Play di dalam setiap perlawanan sepanjang kejohanan ini.
17. TENDANGAN PENALTI
a. Setiap perlawanan yang berkemungkinan seri pada perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir akan diberikan tendangan penalti sebanyak 3 kali setiap pasukan. Jika seri juga maka 2 tendangan penalti akan diberikan lagi. Jika seri juga, 1 tendangan penalti akan diberikan. Jika keputusan tidak berubah, lambungan duit syiling akan dilakukan oleh pengadil bagi menentukan pemenang.
b. Pihak pengadil berhak menentukan pasukan mana yang dulu akan melakukan tendangan penalti melalui undian.
c. Pemain yang telah dikeluarkan sewaktu perlawanan berlangsung tidak akan dibenarkan untuk melakukan tendangan penalti.
d. Penjaga gol mana-mana pasukan boleh ditukar pada bila-bila masa semasa tendangan penalti dijalankan, dengan syarat pertukaran yang dilakukan diantara pemain yang bermain sehingga tamat waktu permainan yang sebenar. Bagi penjaga gol simpanan boleh menggantikan penjaga gol yang cedera samada sewaktu perlawanan ataupun sewaktu sepakkan penalti, dengan syarat pasukan yang berkenaan tidak melebihi kuota pertukaran yang telah ditetapkan.
18. HADIAH YANG DISEDIAKAN
TEMPAT PERTAMA - Wang Tunai, Medal dan Trofi
TEMPAT KEDUA - Wang Tunai, Medal dan Trofi
TEMPAT KETIGA - Wang Tunai, Medal dan Trofi
19. HAL-HAL YANG DIPERUNTUKKAN
Segala hal yang tidak diperuntukkan dibawah peraturan-peraturan ini atau soal perbezaan taksiran akan diputuskan oleh jawatankuasa pertandingan dan keputusan adalah muktamad.
20. BORANG PENYERTAAN
Semua borang penyertaan hendaklah dihantar terus kepada AHLI JAWATANKUASA yang dilantik beserta dengan wang pendaftaran.
21. PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan berhubung dengan sukan dan pendaftaran pasukan sila hubungi:
En. Tantony : 013 620 2654
En. Thony : 013 682 4325
En. Suliman : 012 374 2211
Cik. Renna : 013 858 0816
Cik. Mazirah : 019 538 5328
Cik. Airena : 013 625 5861
Atau emailkan ke: sibmelaka@yahoo.com
* borang penyertaan yang di fotostat juga diterima
